Our Patron

Menjunjung Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, nama sekolah diambil bersempena nama Baginda Sultan Abdul Halim. Sejarah bermula apabila pelajar-pelajar aliran berkenaan yang menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar diserap menjadi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH). Mereka dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak di Jenan, Jitra, Kedah pada 7 Mei 1963. Kompleks berkeluasan lebih 51 ekar ini mempunyai 27 bilik darjah, sebuah dewan besar, sebuah gimnasium dan sebuah kantin. 2 buah bilik darjah dijadikan asrama sementara. Pada 1964, 3 buah bangunan asrama dan sebuah masjid dibina. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 8 April 1965.

Our Legacy

Pasukan ragbi SMSAH terus dilestarikan dari awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Ini terbukti dengan pencapaian terkini sebagai Johan keseluruhan Ragbi MSSK Negeri Kedah yang akan mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan. Tahniah Jenan's Cougers! Bermula sebagai Pasukan Brass Band SMSAH, kini Pasukan Wind Orchestra SMSAH mengungguli pencapaian gemilang di pringkat kebangsaan. Bakal menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Wind Orchestra SBP tahun 2013. Diucapkan syabas dan burulah kecemerlangan!

Our Pride

Keputusan SPM 2011… Tahniah buat semua… Jenan terus mara. Memburu kecemerlangan dengan keputusan GPS 1.6345 mengatasi rekod sebelumnya iaitu 2.03 pada tahun 2010 dengan subjek terbaik iaitu sejarah dengan GPK 0.493 dan diikuti oleh matematik dengan GPK 0.55. Diharapkan kejayaan hari ini akan menjadi pendorong kejayaan pada masa akan datang…..